Monday 6 May 2013

Resepi Muffin Coklat Moist Sedap

RESEPI MUFFIN COKLAT MOIST SEDAP

Pengenalan


Muffin adalah sejenis roti atau kek kecil yang digelar sebagai muffin panas, atau muffin sarapan pagi. Muffin menpunyai suatu bentuk roti ragi-naik yang bulat dan selalu diserbuk dengan tepung jagung. Muffin juga sering dihidangkan dan dimakan ketika sarapan pagi di Amerika Utara dan Australia, manakala muffin dihidangkan sebagai makanan pada waktu petang di England. Muffin secara umum akan dijual di kedai runcit di Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, dan Australia. Muffin juga dijumpai di menu restoran makanan segera Amerika di merata dunia.


Muffin adalah roti bakar cepat dan telah menjadi suatu hidangan meja teh ruji. Mereka biasanya dipisahkan, dibakar, dimentegakan dan kemudian dimakan dengan suatu inti yang tidak manis atau manis seperti madu. Kebiasaannya, Muffin sering dibakar kemudian disaluti dengan mentega atau jem yang mempunyai pelbagai rasa. Mereka juga digunakan dalam sandwich sarapan dengan daging (bakon, ham atau sosej), telur (goreng, masak hancur, rebus carak atau rebus-kukus carak) atau keju. Muffin tradisional bagi New York adalah ramuan asas dalam hidangan sarapan pada waktu lewat pagi.



Sebenarnya, Muffin merupakan sejenis makanan tradisional berbentuk gulungan, bundar dan tipis. Bahan dasarnya terbuat dari adunan roti yang diberi ragi. Muffin ini paling enak dimakan dan dinikmati semasa musim dingin dan disajikan bersama minuman hangat seperti teh atau kopi. Cara untuk menikmati muffin tersebut pun unik, harus disobek dahulu dan diberi olesan mentega kemudian dipanggang lagi, agar citarasanya lebih bervariasi, permukaannya diolesi dengan selai buah buatan sendiri. Muffin boleh dihidangkan dengan dua cara yang berbeza, samada kukus atau bakar dalam oven.



Resepi Muffin Coklat
Bahan-Bahan untuk Resepi Muffin Coklat
(Untuk 12 biji)
1 3/4 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk penaik
3/4 cawan gula halus
Secubit garam
1 biji telur (dipukul sedikit)
1/2 cawan minyak sayuran (atau minyak jagung)
3/4 cawan susu segar
1 sudu besar esen vanilla
Kismis


Bahan-Bahan untuk Buttermilk
240 ml susu segar
1 sudu besar cuka


Bahan-Bahan untuk Mengisi dalam Muffin
Coklat
Coklat Chip
Pisang
Vanilla
Blueberry
Strawberry
Pandan


Cara-Cara untuk Membuat Muffin dengan Menggunakan Oven

1) Panaskan oven pada suhu 180°C -200°C.

2) Di dalam mangkuk adunan untuk bahan kering, ayakkan tepung gandum dan serbuk penaik.

3) Kemudian masukkan garam dan gula halus. Gaul dengan sebati sehingga gula agak hancur dan ratakan.

4) Masukkan telur, esen vanilla, minyak sayuran atau minyak jagung dan susu segar dalam mangkuk adunan yang lain untuk bahan basah. Sementara itu, pukul atau putar sehingga rata dan kacau sebati dengan whisker.

5) Membuat buttermilk dengan mencampurkan cuka ke dalam susu segar dan kacau sekata. Ketepikan untuk beberapa ketika.

6) Seterusnya tuangkan adunan basah ke dalam adunan kering. Kacau sebati dalam masa 15 saat sahaja supaya adunan tidak akan bantat.

7) Masukkan pula campuran buttermilk dan kacau sehingga rata. Campuran tepung akan dimasukkan secara berselangseli dengan campuran buttermilk.

8) Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.

9) Masukkan adunan dan letakkan kismis atau bahan-bahan yang lain seperti coklat dan coklat chip ke dalam bekas muffin.

10) Bakar muffin pada suhu 180 °C dengan turbo fan atau 200 °C untuk ketuhar tanpa turbo fan selama 15-20 minits sehingga kekuning-kuningan.
 
11) Sejukkan muffin semasa adunan masih masak. Taburkan hiasan dan mereka bentuk yang cantik di atas taburan tersebut dengan mengikut citarasa masing-masing.

12) Colekkan di atas muffin yang telah sejuk tadi dengan spatula. Hiaskan dengan pelbagai jenis bentuk gula yang berwarna-warni.

Tips:
1) Adunan muffin sepatutnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kalau adunan terlalu cair, haruslah dimasukkan 1/2 adunan sahaja dalam bekas muffin. Jika dituangkan 3/4 adunan dalam bekas muffin, nanti akan melimpah dan kejadian muffin tersebut itu nanti tidak akan naik membukit dan cantik.

2) Jika menggunakan muffin tin tanpa menggunakan bekas muffin, maka perlu disapu dengan lemak dahulu supaya muffin tidak akan melekat dengan muffin tin. Lemak bukan setakat disapu di bahagian dalam sahaja, tetapi juga di bahagian atas supaya muffin tin lebih mudah dikeluarkan kalau muffin naik sampai melimpah di permukaan.

Cara-Cara untuk Membuat Muffin dengan Cara Kukusan


1) Ayak bahan kering dan masukkan ke dalam bahan basah. Kacau dengan rata dan jangan terlebih kacau.

2) Campurkan bahan kering sehingga sebati. Kacau dengan menggunakan whisker sahaja.

3) Tuangkan 3/4 penuh ke dalam acuan kertas atau bekas muffin dan kukus selama 10-15 minits. (*balut penutup kukusan dengan towel).

Muffin menpunyai pelbagai jenis dari zaman dahulu sampai era zaman sekarang dan telah melalui banyak perubahan dengan idea yang canggih dan kreatif. Selain itu, Muffin juga dikategorikan kepada Muffin ala Amerika dan Muffin ala Inggeris. Perbezaannya adalah daripada segi bahan yang digunakan semasa menyediakannya. Muffin ala Amerika lebih banyak menggunakan soda penaik dan serbuk penaik, manakala Muffin ala Inggeris berbentuk Doh atau dalam bahasa Inggeris "dough" (tepung) yang dinaikkan dengan menggunakan Yis.

Muffin ala Amerika dikatakan sebagai kacukan antara roti dengan kek. Sementelahan itu, Muffin ala Amerika boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Muffin kek dan Muffin roti. Setiap jenis muffin juga mempunyai tektik adunan yang berbeza-beza. Kandungan gula dan mentega perlu dikurangkan bagi membuat Muffin roti, manakala Resepi Muffin Coklat Moist pula menggunakan kandungan gula dan mentega yang banyak.




Lihat Juga...
 

Resepi Mee Kari

Resepi Mee Kari adalah antara makanan yang selalu dihidangkan adalah disebabkan rasa pedasnya yang dapat membuka selera. Resepi Mee kari dihiaskan dengan telur rebus, tauhu goreng, sawi celur, taugeh, cili merah, lemon/ limau kasturi, timun, daun sup, bawang goreng dan sebagainya. Tambahan lagi, resepi mee kari juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.

http://resepimeekari.blogspot.com/


Resepi Roti Jala

Resepi Roti Jala adalah sesuatu resepi makanan yang sangat istimewa dan merupakan makananan kegemaran Orang Melayu di Malaysia.Resepi roti jala turut akan menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan biasanya dihidangkan dalam apa jua jamuan, keduri atau majlis penting, samada rasmi atau santai.

http://resepirotijala.blogspot.com/